Spesifikasi
Ukuran - 158mm x 78mm
Siri Keluaran - 2005
Warna - biru
Nilai Muka - 200 Dirhams
Keadaan - 'About Uncirculated' (AU)Material - kertas kapas
Buatan
Bank Al-Maghrib
Morocco terletak di utara Afrika. Ibu negaranya adalah Rabat dan Casablanca merupakan bandar yang terbesar. Kerajaannya adalah raja berperlembagaan. Ia mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada 2 Mac 1956. Ia mempunyai kira-kira 33 juta orang penduduk dan ramai terdiri daripada suku kaum Berber. Ia menggunakan matawang Dirham (MAD).
Muka Depan
Di sebelah kiri wang terdapat lukisan potrait Sultan Mohammed VI yang kini memerintah Morocco serta potrait Sultan Hassan II. Di belakang potrait pula terdapat lukisan masjid Hassan II yang terletak di Casablanca. Di bahagian kiri dan kanan serta bawah wang terdapat nilai muka 200. Di atas wang pula terdapat perkataan yang ditulis dalam bahasa Arab yang bermaksud Bank Morocco dan Dua Ratus Dirham. Tandatangan terdapat di bahagian kanan atas wang.
Muka Belakang
Muka Belakang
Di tengah wang terdapat gambar tingkap di sekolah agama di Masjid Hassan II serta sebahagian daripada gambar rumah api. Di atas pula dicetak perkataan BANK AL-MAGHRIB serta 200 DIRHAMS. Nilai muka 200 juga dicetak di bahagian kanan dan kiri wang.
0 comments:
Post a Comment