Bahan Mentah - Perak Britannia .958 (95.8%)
Berat - 32.45gram
Diameter - 40mm
Bentuk - bulat
Tahun -2010
Nilai Muka - 2 Pounds
Keadaan - Uncirculated Bullion
Buatan
United Kingdom
Tempaan - Royal Mint, United Kingdom
Limit - 100,000
Britannia merupaka syiling bullion yang dikeluarkan oleh Royal Mint sejak tahun 1987 (emas) dan 1997 (perak) lagi. Syiling perak Britannia mempunyai berat 1 troy auns ataupun lebih kurang 32 gram dan ukur lilit 40mm. Nilai muka perak Britannia adalah dua Pound manakala emas Britannia adalah 100 Pound. Setiap syiling Britannia tercetak gambar Britannia, British ikon dan lagenda yang memberikan nama kepada kepulauan British terbabit.
United Kingdom ataupun nama panjangnya, United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland terletak di barat laut Eropah. Ibu negaranya adalah London dan mempunyai kira-kira 62 juta orang penduduk yang terdiri daripada suku kulit putih Caucaisan dan Asia. Negaranya diperintah dengan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. United Kingdom terbentuk selepas Anglo-Irish Treaty pada 12 April 1922. Ia menggunakan matawang Pound Sterling (GBP).
Muka Depan Ditengah-tengah syiling terdapat gambar Britannia yang dilukis oleh Suzie Zamit. Di luar lingkaran syiling pula terdapat perkataan BRITANNIA dan ONE OUNCE FINE SILVER serta tahun 2010 di bawahnya.
Muka Belakang
Di tengah syiling terdapat potrait Ratu Elizabeth II yang dicipta oleh Ian-Rank Broadley. Di atasnya pula terdapat perkataan ELIZABETH II DG REG FID DEF serta TWO POUNDS di bawahnya.
0 comments:
Post a Comment