Spesifikasi
Ukuran - 130mm x 68mm
Siri Keluaran -1996
Warna - coklat, merah
Nilai Muka - 20 Dirhams
Keadaan - 'Fine' (F)Material - kertas kapas
Buatan
Bank Al-Maghrib
Morocco terletak di utara Afrika. Ibu negaranya adalah Rabat dan Casablanca merupakan bandar yang terbesar. Kerajaannya adalah raja berperlembagaan. Ia mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada 2 Mac 1956. Ia mempunyai kira-kira 33 juta orang penduduk dan ramai terdiri daripada suku kaum Berber. Ia menggunakan matawang Dirham (MAD).
Muka Depan
Di sebelah kiri wang terdapat lukisan potrait Sultan Hassan II yang memerintah Morocco dari tahun 1961 hingga 1999. Di belakang potrait pula terdapat lukisan Masjid Hassan II yang terletak di Casablanca. Di bahagian kiri atas dan kanan bawah wang terdapat nilai muka 20. Di atas wang pula terdapat perkataan yang ditulis dalam bahasa Arab yang bermaksud Bank Morocco dan Dua Puluh Dirham. Tandatangan terdapat di bahagian kanan atas wang.
Muka Belakang
Muka Belakang
Di tengah wang terdapat gambar air pancut yang berada di Masjid Hassan II. Di atas pula dicetak perkataan BANK AL-MAGHRIB serta nilai muka 20 di bahagian kanan bawah serta kiri atas wang. Terdapat juga perkataan DIRHAMS di bahagian kanan bawah wang di bawah nilai muka 20.
0 comments:
Post a Comment