Spesifikasi
Bahan Mentah - Kupronikel
Berat - 28.28gram
Diameter - 38.61mm
Bentuk - bulat
Tahun -1981
Bahan Mentah - Kupronikel
Berat - 28.28gram
Diameter - 38.61mm
Bentuk - bulat
Tahun -1981
Nilai Muka - NA
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)
Buatan
United Kingdom
Tempaan - Pobjoy Mint, England
Limit - NA
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)
Buatan
United Kingdom
Tempaan - Pobjoy Mint, England
Limit - NA
Syiling keluaran khas dari United Kingdom ini merupakan syiling khas memperingati perkahwinan diraja Charles dan Diana pada tahun 1981. Dilahirkan pada 1 Julai 1961, Puteri Diana merupakan salah seorang kerabat diraja British yang dihormati selepas berkahwin dengan Putera Charles, Putera Wales pada 29 Julai 1981. Mereka mendapat dua cahaya mata lelaki iaitu Putera Harry dan William. Walaubagaimanapun, Puteri Diana bercerai dengan suaminya pada 28 Ogos 1996, setahun sebelum kematiannya.
United Kingdom ataupun nama panjangnya, United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland terletak di barat laut Eropah. Ibu negaranya adalah London dan mempunyai kira-kira 62 juta orang penduduk yang terdiri daripada suku kulit putih Caucaisan dan Asia. Negaranya diperintah dengan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. United Kingdom terbentuk selepas Anglo-Irish Treaty pada 12 April 1922. Ia menggunakan matawang Pound Sterling (GBP).
Muka Depan Di tengah syiling terdapat huruf C dan D yang mewakili Charles dan Diana. Manakala perkataan Royal Wedding terdapat di bahagian atas syiling dan Charles & Diana di bahagian bawah syiling. Tahun keluaran syiling iaitu 1981 tercetak di sebelah kanan dan kiri syiling.
Muka Belakang
Di tengah syiling terdapat simbol diraja. Di atasnya pula terdapat lukisan mahkota diraja. Perkataan THE WEDDING OF H.R.H PRINCE OF WALES TO LADY DIANA SPENCER.
0 comments:
Post a Comment