Spesifikasi
Bahan Mentah - Perak sterling 925 (92.5%)
Berat - 28.28gram
Diameter - 38.6mmBentuk - bulat
Tahun - 2006
Nilai Muka - 5 Pounds
Keadaan - Peruf (P) Buatan
Guernsey
Tempaan - the Royal Mint, United Kingdom
Limit - NA
Syiling keluaran khas dari Guernsey ini merupakan syiling khas memperingati ulang tahun kelahiran ke-80 Ratu Elizabeth II ataupun nama sebenarnya Elizabeth Alexandra Mary. Baginda dilahirkan pada 21 April 1926. Banginda merupakan ratu memerintah ataupun ketua negara-negara berdaulat Komanwel seperti United Kingdom, Canada, Australia, New Zealand, Jamaica, Barbados, the Bahamas, Grenada, Papua New Guinea, the Solomon Islands, Tuvalu, Saint Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Belize, Antigua and Barbuda, dan Saint Kitts and Nevis serta Ketua Komanwel bagi 54 negara ahli Komanwel termasuklah Malaysia. Baginda berkahwin dengan Putera Philip, Duke of Edinburgh dan mempunyai 4 orang anak iaitu Putera Charles, Prince of Wales, Andrew, Duke of York, Edward, Earl of Wessex dan Puteri Anne, Princess Royal.
Guernsey ataupun nama rasminya the Bailiwick of Guernsey terletak di Selat Inggeris di luar pantai Normandy. Ia termasuk dengan kepulauan Alderney, Herm, Jethou, Brecqhou, Burhou, Lihou, Sark dan pulau-pulau yang berdekatan lain. Guernsey merupakan negara berdaulat di bawah penjagaan United Kingdom. Walaubagaimanpun, ia bukanlah negara milik UK tidak seperti Isle of Man. Ia juga bukan sebahagian daripada Kesatuan Eropah. Ibu negaranya ialah Saint Peter Port. Penduduknya dianggarkan sejumlah 65 ribu orang dan kebanyakannya adalah daripada etanik Eripah utara. Ia menggunakan matawang Pound Sterling (GBP) dan mempunyai duit kertas serta syilingnya sendiri.

Ditengah-tengah syiling terdapat lukisan gambar potrait Ratu Elizabeth II semasa mudanya. Di keliling potrait pula terdapat jaluran riben yang tertulis tahun sambutan kelahiran ke-80 nya iaitu 21 APRIL 2006. Terdapat juga empat simbol kecil yang mewakili kerajaan-kerajaan yang berada di United Kingom iaitu dari kanan atas mengikut putaran jam, Ireland Utara (daun Shamrock), England (ros merah putih Dinasti Tudor), Scotland (Scottish Thistle) dan Wales (Welsh Leek). Di bawah riben pula terdapat lukisan tiara Ratu. Di atas lingkaran luar syiling terdapat perkataan 80TH BIRTHDAY OF HM QUEEN ELIZABETH II serta FIVE POUNDS di bawahnya.
Muka Belakang
Di muka belakang terdapat potrait Ratu Elizabeth II di tengah dan perkataan ELIZABETH II BAILIWICK OF GUERNSEY serta tahun keluaran syiling 2006 di lingkaran luar syiling.
0 comments:
Post a Comment