Spesifikasi
Ukuran - 140mm x 72mm
Siri Keluaran - 2008
Warna - biru, hijau
Nilai Muka - 10 Tala
Keadaan - 'Uncirculated' (UNC)Material - kertas kapas
Buatan
De La Rue
Samoa, ataupun dahulunya dikenali sebagai Western Samoa dan German Samoa merupakan negara pulau di bahagian barat kepulauan Samoa di Lautan Pasifik Selatan. Ibu negaranya adalah Apia. Kerajaannya adalah republik berparlimen. Ia mendapat kemerdekaan daripada New Zealand pada 1 Januari 1962. Ia mempunyai kira-kira 179 ribu orang penduduk. Ia menggunakan matawang Tala (WST).
Muka Depan
Di tengah wang terdapat lukisan kumpulan Manu Samoa 7s, kumpulan ragbi kebangsaan yang memenangi Kejohanan Hong Kong Sevens pada tahun 2007. Nilai muka wang 10 ditulis di sebelah kanan atas serta kiri bawah wang serta SEFULU TALA dan Ten Tala di sebelah kiri atas. Di atas pula terdapat perkataan FALETUPE TUTOTONU O SAMOA yang bermaksud CENTRAL BANK OF SAMOA seperti tertulis di bahagian bawah wang. Tanda tangan gabenor terletak di bahagian kanan wang bersama nombor siri yang juga dicetak di sebelah kiri atas.
Muka Belakang
Di tengah wang terdapat gambar sekumpulan kanak-kanak yang tengah berjalan. Di atas pula terdapat perkataan FALETUPE TUTOTONU O SAMOA yang bermaksud CENTRAL BANK OF SAMOA seperti tertulis di bahagian bawah wang. Simbol bank Samoa terdapat di bahagian kanan bawah. Nombor 10 pula di bahagian kanan atas dan bawah serta kiri bawah wang manakala SEFULU TALA dan Ten Tala di bahagian kiri atas.
Info
Orang Samoa menggunakan bahasa Samoa yang tergolong dalam keluarga bahasa Malayo-Polynesian dan mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu. Sebagai contoh nombor DUA dalam bahasa Samoa adalah LUA manakala LIMA adalah LIMA dan SEPULUH adalah SEFULU.
0 comments:
Post a Comment